Pengumuman dibuat oleh : Abdul Samat bin Kasah, Penasihat KKS
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Keputusan Rasmi Undian "KEDAYAN ATAU KADAYAN?"
1. Bagi pihak Creator dan pasukan pentadbiran Komuniti Kedayan Sejagat (KKS), izinkan saya dengan rasminya memaklumkan bahawa keputusan undian “KEDAYAN ATAU KADAYAN?” telah pun diperolehi;
2. Undian telah dibuka selama 7 hari bermula 06/12/2009 dan tamat pada jam 1443 HRS pada 13/12/2009;
3. Keputusan undian dapat diperolehi dari blog rasmi KKS di url : http://komunitikedayansejagat.blogspot.com/
4. Sila maklum bahawa undian ini dibuat semata-mata untuk melihat respon dari ahli-ahli KKS berkaitan isu ejaan yang telah lama menghimpit masyarakat Kedayan / Kadayan dan telah banyak dibincangkan oleh aktivis-aktivis budaya Kedayan / Kadayan sebelum ini;
5. Memandangkan KKS kini sudah mempunyai ahli berdaftar seramai lebih 500 orang, ianya merupakan satu wadah yang cukup berwibawa dan mewakili bangsa Kedayan / Kadayan yang celik Komputer (Palak Komputer). Ahli-ahli KKS terdiri dari berbagai profession dan kelulusan. Oleh yang demikian pandangan mereka wajar diambil perhatian secara serius bukan sahaja didalam jaringan KKS, malah diluar sana terutamanya badan-badan atau persatuan-persatuan berdaftar yang mewakili bangsa Kedayan / Kadayan dimana saja mereka berada;
6. Dalam hemat saya, sebagai Penasihat KKS, ini merupakan langkah awal untuk mencapai konsensus dan meletakkan tanda noktah terhadap isu ejaan Kedayan / Kadayan ini. Begitupun kita harus ingat, isu-isu yang berkaitan perundangan, contohnya Perlembagaan Negeri Sabah dan Sarawak, terutamanya artikal-artikal yang berkaitan hak-hak peribumi negeri-negeri tersebut , saya pasti ianya dieja sebagai “Kedayan”. Saya sendiri telah melihat salinan Perlembagaan Negeri Sarawak dan disalah satu artikal perlembagaan tersebut ada menyentuh hak suku peribumi Negeri Sarawak dan diantaranya ialah suku kaum Kedayan yang dieja sebagai “Kedayan”;
7. Dalam tempoh seminggu kebelakangan ini saya membaca dan memahami semua maksud komen-komen yang dihantar ke blog rasmi KKS berkaitan isu “Kedayan atau Kadayan?” yang semuanya berjumlah 16 komen. Bagi pihak pengurusan blog rasmi KKS saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang dapat meluangkan masa menghantar komen-komen tersebut dan saya yakin komen-komen itu boleh dijadikan panduan untuk membantu KKS membangun halatuju yang lebih mantap dimasa terdekat ini;
8. Demikian juga halnya di dalam jaringan KKS di facebook, pihak kami ingin merakamkan ribuan terima kasih atas pandangan-pandangan positif yang telah diberikan oleh ahli-ahli KKS yang perihatin terhadap isu ejaan ini. Pihak pentadbiran dan pengurusan KKS telah mengambil maklum semua komen-komen tersebut dan akan di satukan sebagai panduan membangun halatuju KKS seperti yang disebut di atas;
9. Satu perkara yang harus saya sentuh disini, khususnya komen-komen yang diberikan di jaringan KKS di facebook yang telah diberikan dalam berbagai bentuk dan rupa, ada yang serius, ada yang bersahaja, berbentuk sindiran, dan tidak kurang juga dalam bentuk jenaka. Inilah lanskap bangsa Kedayan / Kadayan yang sebenarnya dan kita harus berbangga dengan tradisi yang kita warisi dari nenek moyang kita;
10. Berikut ialah keputusan rasmi undian “KEDAYAN ATAU KADAYAN?” yang telah dianjurkan di blog rasmi KKS (http://komunitikedayansejagat.blogspot.com/ ) :
KEDAYAN = 16 undi
KADAYAN = 37 undi
MANA TIA SAJA = 4 undi
JUMLAH = 57 undi
Sila maklum bahawa jumlah undi MANA TIA SAJA sebanyak 4 undi telah dibahagi dua untuk memberi keadilan terhadap keputusan yang di perolehi. Justeru itu keputusan muktamad ialah seperti berikut: -
KEDAYAN = 18 undi
KADAYAN = 39 undi
JUMLAH = 57 undi
Saya dengan rasminya mengumumkan bahawa ejaan rasmi yang bakal digunakan didalam tajuk jaringan KKS di facebook, blog rasmi KKS dan logo rasmi KKS ialah “KOMUNITI KADAYAN SEJAGAT”. Peralihan tajuk dari Komuniti Kedayan Sejagat kepada Komuniti Kadayan Sejagat akan berkuatkuasa pada hari Isnin, December 14, 2009. Manakala logo KKS akan menyusul kemudian. Sekian Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sunday, December 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tahniah 'KKS', Penasihat,Creator dan Staff 'KKS' Assalamualaikum,
ReplyDeletesaya amat2 terharu d atas keputusan yg d ambil kia oleh para 'Paadian Kadayan' kita ni d saluuh Dunia yg mana nyubuk 'KKS' dan ngundi pakataan 'KADAYAN'. D sini ingin juga saya mengambil kesampatan memberikan pendangan kepada Penasihat dan Creator KKS supaya membuka ruang pemikiran Minda orang2 Kadayan d Dunia ini, Cadangan saya adalah Supaya boleh membuka Skop 'KKS' daripada Bacaita-caita, Bapitaan, Pantun2, dan boleh juga d tambah Caita2 politik kan inda salah tu, D dalam Blog 'KKS' pun ada blog2 ahli Politik tempatan kalau boleh Seluruh aktiviti pun boleh masuk terpulanglah kepada Ahli KKS yg sudah berdaftar mengeluarkan 'PENDAPAT' dan 'PENDANGAN' yg mau d keluarkan d ruang 'KKS' ini "TERKECUALI"lah yg tidak 'BERMORAL'(IMMORAL). Terutama sekali Kepentingan dan Permasaalahan Masyarakat sejagat,Negeri,Negara ini. Barulah 'KKS' ini benar2 Blog ini termasuk 'PEDULI MASYARAKAT NEGARA MALAYSIA dan DUNIA KADAYAN SEJAGAT'dan Penesihat,Creator serta Komuniti Kadayan sejagat juga mempunyai pemikiran seperti mana "DUNIA TANPA SEMPADAN"....Taima Kasih.