KEPUTUSAN RASMI UNDIAN "KEDAYAN ATAU KADAYAN?" IALAH KEDAYAN = 18 UNDI DAN KADAYAN = 39 UNDI. DENGAN INI EJAAN "KADAYAN" TELAH DIISYTIHARKAN SEBAGAI EJAAN RASMI DI DIDALAM FB KKS DAN BLOG RASMI KKS ~BLOG RASMI KKS TELAH MENCATAT PENGUNJUNG YANG KE 1,000 ORANG ~ TAHNIAH BUAT PAADIAN YASMIN ZAINI KERANA MERUPAKAN AHLI KKS YANG KE 500 ~

Sunday, December 6, 2009

KEDAYAN ATAU KADAYAN?

KEDAYAN ATAU KADAYAN?







Oleh : Abdul Samat bin Kasah, Penasihat Komuniti Kedayan Sejagat









1. Persoalan sama ada Kedayan atau Kadayan telah banyak dibangkitkan oleh aktivis budaya Kedayan / Kadayan. Begitupun apabila diamati penggunaan perkataan ini didalam akhbar, laman-web, blog dan bahan-bahan bacaan lain, rata-rata perkataan ini dieja “Kedayan”;

2. Persoalan ini timbul akibat daripada sebutan asal oleh penutur dikalangan masyarakat Kedayan / Kadayan yang menyebutnya sebagai “Kadayan”. Umumnya kita sedia maklum bahawa vokal “e” tidak wujud atau jarang digunakan disukukata awal perkataan-perkataan Kedayan / Kadayan, kecuali didalam perkataan-perkataan yang dipinjam dari bahasa lain, khususnya Bahasa Melayu;

3. Saya berpendapat, apabila perkataan tersebut dieja sebagai “Kedayan” ianya tidak membawa makna yang lain selain daripada merujuk kepada bangsa Kedayan yang kita sedia maklum;

4. Sekiranya sesuatu perkataan itu apabila dieja dengan abjad yang berlainan membawa makna yang berbeza maka ianya tidak wajar diterima pakai. Contohnya didalam Bahasa Melayu, “sabut” dan “sebut”, nyata sekali kedua-dua perkataan tersebut membawa makna yang berbeza. Didalam kes permasalahan perkataan “Kedayan” atau “Kadayan”, jelas sekali ianya membawa satu makna;

5. Dalam konteks “kesejagatan” atau “global”, sekurang-kurangnya dirantau ini, penggunaan perkataan “Kedayan” telah serasi dan meluas digunakan khususnya didalam media cetak dan elektronik;

6. Apabila kita menggunakan injin carian seperti google, yahoo dan sebagainya, kita dapati hasil carian lebih banyak daripada perkataan “kedayan” berbanding “kadayan”;

7. Di Malaysia, rata-rata ejaan “Kedayan” juga telah digunakan didalam dokumen rasmi kerajaan iaitu sijil kelahiran (birth certificate) bangsa Kedayan / Kadayan;

8. Di Negara Brunei Darussalam ejaan “Kedayan” telah diterima pakai dipelbagai bidang penggunaan perkataan tersebut;

9. Permasalahan ini tidak wajar dijadikan isu besar kerana kedua-dua perkataan membawa makna yang baik. Terpulang kepada individu sama ada ianya dieja Kedayan atau Kadayan sama seperti “United Kingdom” dan “Great Britain”, kedua-duanya boleh digunakan bagi merujuk negara yang sama;

10. Begitupun saya cadangkan supaya perkataan “Kedayan” digunakan didalam tajuk –Komuniti Kedayan Sejagat di Facebook, url dan tajuk blog rasmi Komuniti Kedayan Sejagat dan Logo Komuniti Kedayan Sejagat.

17 comments:

  1. salam..saya setuju dan bersependapat dengan Tuan Penasihat mengenai perkataan "Kedayan" dikekalkan. Jangan terlalu dipertikaikan berkenaan perkataan "Kedayan" atau "Kadayan" kerana kedua-duanya membawa maksud yang sama. ;-)

    ReplyDelete
  2. Salam Seluruh Family Kedayan yg berada d mana juga.Saya ni saja nak komen sikit kerana saya ni Mama saja org Kedayan bapa bukan.Kalau dari segi makna memang ia membawa 1 makna...Tetapi jika Pembetulan itu untuk penyabutan Suku Bangsa Kedayan yg lebih Afdal memang tidak salah kalau KADAYAN itu yg betul....Kerana Idintiti suku bangsa melambangkan Suku itu sendiri.Tidaklah baik jika suku lain yg menatapkan ejaan KEDAYAN nya...Biar suku/Mesyarakat Kedayan sendiri yg menentukan yg terbagusnya...Seperti mana Mottonya "INDA MAJAL INDA LUIH" Hidup Bangsa Kadayan...!!!

    ReplyDelete
  3. Bah ngam sudah itu tangah bila ba undi nanti.....Sama ada 'KADAYAN' atau 'KEDAYAN'. Mana tuju ngundi?

    ReplyDelete
  4. Yg ngundi mana tia saja tu gaya2nya inda ya ndalami bana gayanya haati kadayan........

    ReplyDelete
  5. Payah saja ngundi nih tu mun Penasihat kakal ta juak kan makai kapital "E" bagi ejaan 'KEDAYAN'd KKS,URL dan Logo KKS.Penesihat MALU kah menggunakan KADAYAN? D manakah Idntiti kita mun Penasihat juak malu ngunakan paktaan 'KADAYAN'.......Perkara ani adalah serias ni Tuan Penesihat, Bukannya kan d Pamain bah ini....

    ReplyDelete
  6. Paadian Jeffarson : KKS nie bukan aku umpunya. Aku nie pun kana lantik oleh Creator dan Admin KKS. Tanggungjawabku sabagai Panasihat, kauja dangan mbaie nasihat nganya. Aku anie inda ada " executive power atau veto power" untuk ngala akan kahandak ahli yang labih sudah 400 oang. Tuh bisia atu yang ada kuasa. Lagi pun cadangan ku anie bukannya kan ngubah ejaan Kedayan / Kadayan untuk kagunaan rasmi, TAPI hanya untuk kagunaan di KKS nganya.

    KKS pun inda ada kuasa kaanganie anie kan mbaie takanan aah kaajaan untuk ngubah ejaan Kedayan ka Kadayan. KKS anie tampat oang-oang muda bahimpun nganya, batukaa-tukaa pikian, ndangaa-ndangaa pantun, pitaan dan sabagainya. Atu nganya.Yang kau hantap serius ini ngapa?

    ReplyDelete
  7. Hahahahaha...semakin angat tia banar...tapi kaang mun luan hangat cair jua tu pengabisannya...indapalah yg panting kita ani besatu...walau dimana jua ku berada kelak...aq maseh lagi bedaah kedayan+iban...huahuahua...bukannya kedayan tulin tapi inda ku pandai pulang betutuan iban... :P

    ReplyDelete
  8. mana tia kumen ku atu?????

    ReplyDelete
  9. he he he he..Tangah Samat jaan kau maah eh, Aku tu nganyak kan mbaiee pandangan 'pandapat' ku nganyak juak utk kabaikan Komuniti Kadayan kitak bah.....Soal Kaajaan makai atau indak tu tapulang aah abis siak tah,Wang Kadayan juak yg ngubah diee nya sandiee.Jangan haapkan dangan yg ngubah nasib bangsa kitak,Tangah jangan damit hati yah......

    ReplyDelete
  10. Napa banyak yg jadi ahli dian nyubuk inda ada ya ngundi2 atu kian Tangah?...Bahau tah 29 uang nganya yg ngundi......

    ReplyDelete
  11. MUN MALAA HUNAA NYA BANYAK ULIH ANGKAT TAH LAGI MUN MAJAL he he he

    ReplyDelete
  12. TATAP tia KADAYAN yang hantap mangana dai KEDAYAN. Huup "E" atu asing lam bunyi tutuan owang Kadayan - huup E ani mbinasa KAASLIAN bunyi dilek Kadayan - ani masalah serious , ngapa inda; bunyi hijaan E ngubah tutuan ASAL Kadayan.
    (Lihat saja undian atu . . . .)
    Aku hantap nyokongku mun ada yang bagas kan ngubah makai KEDAYAN ka KADAYAN - prosesnya mangkali komplek tapi tu nda apa - uja logo KKS "INDA MAJAL INDA LUIH" - Alang-alang ngantis baiktah mbuat jalan tauus

    ReplyDelete
  13. Aku bukan jua apa, Komen dan pandangan paadian kita Anonymous 10:00 pm tu hantap tapakai ku e2 eeh...Luus itu Haa uja komen mu atu....Bangsa dian suku kita sandiee nganya jua dapat ngubah untuk kabanaan Suku/Bangsa kita.Kala2 Jalama ani Konsep dan pandangannya lain2 masihpun ya baakal/bakadudukan/bapalajaan jamu ia kakal jua nuuti uja hatinya bah yg payah ani.....Makah ku iski kan Penesihat & Creator KKS ani, kaana abis sia 2 uang ani jiwanya Demokerasi....Mun jadi pemimpin d sabuah BADAN mcm 'KKS' mesti jua naima pakai pikee'an dangan...Masipun sa'uang dua nganya yg umpun 'KKS' ani.Luus tu uja Anonymous 10:00pm..."ALANG2 MAANTIS BAIK TAH MBUAT JALAN TAUS"....Kapada Paadian yg brkenaan dan bertnggung jwb fikie2kan tah....Ani tah guna ruang komen ani, D samping atu makahnya baik jua ada yg 'NGOMEN' ani banaanya....Mun diee2 nganya bablog hantap sunyinya bah....."FIKIE AKAN YG TABAIK"........

    ReplyDelete
  14. Tangah, dalam blog anik, indak batatuan Kedayan kah?

    ReplyDelete
  15. Berikut ialah komen paadian Hin Ti yang dihantar terus keemail onekedayan@gmail.com untuk tatapan paadian-paadian.

    QUOTE "Paadian,

    tantu tia KADAYAN yang labih mangana daipada KEDAYAN mun kan banaa nuut logat tutuan Kadayan . huup "E" tu asing dalam bunyi tutuan Kadayan
    dan sudah tantu ia mencemar KABANGISAN (Keindahaan) dilek owang Kadayan - ini perkara serious , ngapa inda - ianya ngubah tutuan yang ASAL !

    Macam manapon keputusan undi menyokong KADAYAN tu belum bolih digunapakai sebab bilang pengundi belum mewakili populasi Kadayan (nda cukup banyak undi)
    NAMUN ini sedikit sabanyak mangambarkan kadudukannya nya but don't jump to conclusion

    Aku tantu tia nyokong mun ada yang bagas kan ngubah ejaan KEDAYAN ka KADAYAN - mungkin prosesnya kompleks _ tu inda apa sebab "MUN INDA MAJAL INDA LUIH"

    TI HIN UNQUOTE"

    ReplyDelete
  16. Salam..
    Jan tah kamu ingau, ani daie sagi pandangan ku saja ini, mun kan dipikiakan owang kadayan ani sandii inda makai 'Kedayan' atu. Tatap jua 'Kadayan' yg dipakainya bah. Antah ngapaya tah pulang timbul 'Kedayan' atu, jadi bila ku pikiiakan perkataan 'Kedayan' ani timbul kita pakai bila kita di luaa daie komuniti kita, padahal bila kita sama2 kita sandii dlm komuniti kita, 'Kadayan' yg kita pakai. Ani sama tah cuntuhnya macam owang 'Bajau'. #Bajau & Samaa#. Uja kwnku Bajau tu dlm bahasa melayu itu. Samaa tu dlm bahasa bajau, mun dlm komuniti bisia nda ya makai 'Bajau' tu, 'Samaa' tu dipakainya. Kuang labih tah jua mcm kita ni 'Kedayan & Kadayan'. Mun dpt kita ubah Kedayan atu kapada Kadayan di dlm segala urusan rasmi di dlm dan di luaa komuniti kita hantap baiknya paasaan ku. Kadayan atu hantap KADAYAN bunyinya bah!. KADAYAN banaa! Samangatnya pun tinggi dikit asanya bila di sabut KADAYAN! Luus bila di pistaa-pistaa..

    ReplyDelete
  17. ba`apakian kamu anie... indapayahkan batangka.. ini salah indung kita dahulu.. jalama kedayan kaangani mana tahu apa2.. yang pandai-pandai meletak hurup `e' tu indung2 kita dahulu. jadi apakan di tangkaakan lg.. ikut saja cakap indung kita dahulu..ja`an terlampau dipikirkan nanti jd lului :).. kalau macamani pikian kamu macam mana kedayan mau maju aduiii.. memajal jua kamu nie.. sandi (mengkali jua cuba renung)

    ReplyDelete