KEPUTUSAN RASMI UNDIAN "KEDAYAN ATAU KADAYAN?" IALAH KEDAYAN = 18 UNDI DAN KADAYAN = 39 UNDI. DENGAN INI EJAAN "KADAYAN" TELAH DIISYTIHARKAN SEBAGAI EJAAN RASMI DI DIDALAM FB KKS DAN BLOG RASMI KKS ~BLOG RASMI KKS TELAH MENCATAT PENGUNJUNG YANG KE 1,000 ORANG ~ TAHNIAH BUAT PAADIAN YASMIN ZAINI KERANA MERUPAKAN AHLI KKS YANG KE 500 ~

Sunday, December 13, 2009

PENGHIJRAHAN KE URL BARU











Balalih kami jamu












Sila maklum bahawa blog Komuniti Kedayan Sejagat akan berhijrah ke url baru atas nama "Komuniti Kadayan Sejagat" mulai jam 00:00 HRS tengah malam ini. Langkah ini adalah bersesuaian dengan keputusan undian dimana ejaan KADAYAN telah dipersetujui ramai untuk kegunaan tajuk Komuniti Kadayan Sejagat di facebook, blog rasmi, url blog rasmi dan logo KKS.

Blog ini akan dikekalkan seperti sedia ada tetapi tidak akan dikemaskini. Semua "postings" terkini akan dikemaskinikan di blog rasmi yang baru. Pihak pentadbiran blog berpendapat bahawa penghijrahan ke blog yang bertajuk baru merupakan detik sejarah penting dalam penubuhan Komuniti Kadayan Sejagat dan ianya wajar dikekalkan untuk tatapan ramai.

Sehubungan dengan itu sila klik url ini http://komunitikadayansejagat.blogspot.com/ untuk melayari blog baru Komuniti Kadayan Sejagat. Selamat Datang ke Komuniti Kadayan Sejagat.

BLOG RASMI KKS MENCATAT 1,000 ORANG PENGUNJUNG




Imej yang mencatatkan pelawat yang ke 1,000 pada hari Ahad, December 13, 2009 @17:25HRS




KKS telah mencipta satu lagi sejarah didalam penubuhannya kerana pada hari Ahad, December 13, 2009 @17:25 HRS blog ini telah mencatat lawatan yang ke 1,000 orang. Untuk makluman blog rasmi KKS telah ditubuhkan pada 4 December, 2009. Saya bagi pihak pengurusan blog rasmi KKS ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua ahli KKS dan pelawat-pelawat lain yang telah menghadirkan diri di blog ini. "Milestone" selanjutnya ialah untuk mencatat 10,000 lawatan.

KEPUTUSAN RASMI UNDIAN "KEDAYAN ATAU KADAYAN?"

Pengumuman dibuat oleh : Abdul Samat bin Kasah, Penasihat KKS

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.






Keputusan Rasmi Undian "KEDAYAN ATAU KADAYAN?"







1. Bagi pihak Creator dan pasukan pentadbiran Komuniti Kedayan Sejagat (KKS), izinkan saya dengan rasminya memaklumkan bahawa keputusan undian “KEDAYAN ATAU KADAYAN?” telah pun diperolehi;

2. Undian telah dibuka selama 7 hari bermula 06/12/2009 dan tamat pada jam 1443 HRS pada 13/12/2009;

3. Keputusan undian dapat diperolehi dari blog rasmi KKS di url : http://komunitikedayansejagat.blogspot.com/

4. Sila maklum bahawa undian ini dibuat semata-mata untuk melihat respon dari ahli-ahli KKS berkaitan isu ejaan yang telah lama menghimpit masyarakat Kedayan / Kadayan dan telah banyak dibincangkan oleh aktivis-aktivis budaya Kedayan / Kadayan sebelum ini;

5. Memandangkan KKS kini sudah mempunyai ahli berdaftar seramai lebih 500 orang, ianya merupakan satu wadah yang cukup berwibawa dan mewakili bangsa Kedayan / Kadayan yang celik Komputer (Palak Komputer). Ahli-ahli KKS terdiri dari berbagai profession dan kelulusan. Oleh yang demikian pandangan mereka wajar diambil perhatian secara serius bukan sahaja didalam jaringan KKS, malah diluar sana terutamanya badan-badan atau persatuan-persatuan berdaftar yang mewakili bangsa Kedayan / Kadayan dimana saja mereka berada;

6. Dalam hemat saya, sebagai Penasihat KKS, ini merupakan langkah awal untuk mencapai konsensus dan meletakkan tanda noktah terhadap isu ejaan Kedayan / Kadayan ini. Begitupun kita harus ingat, isu-isu yang berkaitan perundangan, contohnya Perlembagaan Negeri Sabah dan Sarawak, terutamanya artikal-artikal yang berkaitan hak-hak peribumi negeri-negeri tersebut , saya pasti ianya dieja sebagai “Kedayan”. Saya sendiri telah melihat salinan Perlembagaan Negeri Sarawak dan disalah satu artikal perlembagaan tersebut ada menyentuh hak suku peribumi Negeri Sarawak dan diantaranya ialah suku kaum Kedayan yang dieja sebagai “Kedayan”;

7. Dalam tempoh seminggu kebelakangan ini saya membaca dan memahami semua maksud komen-komen yang dihantar ke blog rasmi KKS berkaitan isu “Kedayan atau Kadayan?” yang semuanya berjumlah 16 komen. Bagi pihak pengurusan blog rasmi KKS saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang dapat meluangkan masa menghantar komen-komen tersebut dan saya yakin komen-komen itu boleh dijadikan panduan untuk membantu KKS membangun halatuju yang lebih mantap dimasa terdekat ini;

8. Demikian juga halnya di dalam jaringan KKS di facebook, pihak kami ingin merakamkan ribuan terima kasih atas pandangan-pandangan positif yang telah diberikan oleh ahli-ahli KKS yang perihatin terhadap isu ejaan ini. Pihak pentadbiran dan pengurusan KKS telah mengambil maklum semua komen-komen tersebut dan akan di satukan sebagai panduan membangun halatuju KKS seperti yang disebut di atas;

9. Satu perkara yang harus saya sentuh disini, khususnya komen-komen yang diberikan di jaringan KKS di facebook yang telah diberikan dalam berbagai bentuk dan rupa, ada yang serius, ada yang bersahaja, berbentuk sindiran, dan tidak kurang juga dalam bentuk jenaka. Inilah lanskap bangsa Kedayan / Kadayan yang sebenarnya dan kita harus berbangga dengan tradisi yang kita warisi dari nenek moyang kita;

10. Berikut ialah keputusan rasmi undian “KEDAYAN ATAU KADAYAN?” yang telah dianjurkan di blog rasmi KKS (http://komunitikedayansejagat.blogspot.com/ ) :

KEDAYAN = 16 undi
KADAYAN = 37 undi
MANA TIA SAJA = 4 undi
JUMLAH = 57 undi

Sila maklum bahawa jumlah undi MANA TIA SAJA sebanyak 4 undi telah dibahagi dua untuk memberi keadilan terhadap keputusan yang di perolehi. Justeru itu keputusan muktamad ialah seperti berikut: -

KEDAYAN = 18 undi
KADAYAN = 39 undi
JUMLAH = 57 undi

Saya dengan rasminya mengumumkan bahawa ejaan rasmi yang bakal digunakan didalam tajuk jaringan KKS di facebook, blog rasmi KKS dan logo rasmi KKS ialah “KOMUNITI KADAYAN SEJAGAT”. Peralihan tajuk dari Komuniti Kedayan Sejagat kepada Komuniti Kadayan Sejagat akan berkuatkuasa pada hari Isnin, December 14, 2009. Manakala logo KKS akan menyusul kemudian. Sekian Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saturday, December 12, 2009

TAHNIAH BUAT PAADIAN YASMIN ZAINI, AHLI KKS KE 500

TAHNIAH BUAT PAADIAN YASMIN ZAINI, AHLI KKS KE 500











Paadian Yasmin Zaini






















Sejambak mawar merah khas buat paadian Yasmin Zaini. Tahniah.














Saya bagi pihak pengurusan dan pentadbiran blog rasmi Komuniti Kedayan Sejagat (KKS) ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada paadian Yasmin Zaini yang telah mencipta sejarah di dalam KKS sebagai ahli berdaftar yang ke 500. Ini juga merupakan satu sejarah buat KKS kerana berjaya didalam hasrat dan aspirasinya untuk menjejaki Bangsa Kadayan dimana jua mereka berada untuk menyertai jaringan sosial KKS di facebook.

Kepada paadian-paadian yang sudah menjadi ahli berdaftar dengan KKS, pihak kami mengalu-alukan penyertaan aktif paadian-paadian di dalam memulakan “thread” baru atau menyumbangkan komen-komen didalam pelbagai topik yang menyumbang kearah pembangunan Bangsa Kadayan yang kita cintai ini.

Sekali lagi tahniah buat paadian Yasmin Zaini yang telah menjadi ahli berdaftar yang ke 500 di Komuniti Kedayan Sejagat. Tahniah dan kami hadiahkan sejambank mawar merah buat paadian.

Sunday, December 6, 2009

KEDAYAN ATAU KADAYAN?

KEDAYAN ATAU KADAYAN?







Oleh : Abdul Samat bin Kasah, Penasihat Komuniti Kedayan Sejagat









1. Persoalan sama ada Kedayan atau Kadayan telah banyak dibangkitkan oleh aktivis budaya Kedayan / Kadayan. Begitupun apabila diamati penggunaan perkataan ini didalam akhbar, laman-web, blog dan bahan-bahan bacaan lain, rata-rata perkataan ini dieja “Kedayan”;

2. Persoalan ini timbul akibat daripada sebutan asal oleh penutur dikalangan masyarakat Kedayan / Kadayan yang menyebutnya sebagai “Kadayan”. Umumnya kita sedia maklum bahawa vokal “e” tidak wujud atau jarang digunakan disukukata awal perkataan-perkataan Kedayan / Kadayan, kecuali didalam perkataan-perkataan yang dipinjam dari bahasa lain, khususnya Bahasa Melayu;

3. Saya berpendapat, apabila perkataan tersebut dieja sebagai “Kedayan” ianya tidak membawa makna yang lain selain daripada merujuk kepada bangsa Kedayan yang kita sedia maklum;

4. Sekiranya sesuatu perkataan itu apabila dieja dengan abjad yang berlainan membawa makna yang berbeza maka ianya tidak wajar diterima pakai. Contohnya didalam Bahasa Melayu, “sabut” dan “sebut”, nyata sekali kedua-dua perkataan tersebut membawa makna yang berbeza. Didalam kes permasalahan perkataan “Kedayan” atau “Kadayan”, jelas sekali ianya membawa satu makna;

5. Dalam konteks “kesejagatan” atau “global”, sekurang-kurangnya dirantau ini, penggunaan perkataan “Kedayan” telah serasi dan meluas digunakan khususnya didalam media cetak dan elektronik;

6. Apabila kita menggunakan injin carian seperti google, yahoo dan sebagainya, kita dapati hasil carian lebih banyak daripada perkataan “kedayan” berbanding “kadayan”;

7. Di Malaysia, rata-rata ejaan “Kedayan” juga telah digunakan didalam dokumen rasmi kerajaan iaitu sijil kelahiran (birth certificate) bangsa Kedayan / Kadayan;

8. Di Negara Brunei Darussalam ejaan “Kedayan” telah diterima pakai dipelbagai bidang penggunaan perkataan tersebut;

9. Permasalahan ini tidak wajar dijadikan isu besar kerana kedua-dua perkataan membawa makna yang baik. Terpulang kepada individu sama ada ianya dieja Kedayan atau Kadayan sama seperti “United Kingdom” dan “Great Britain”, kedua-duanya boleh digunakan bagi merujuk negara yang sama;

10. Begitupun saya cadangkan supaya perkataan “Kedayan” digunakan didalam tajuk –Komuniti Kedayan Sejagat di Facebook, url dan tajuk blog rasmi Komuniti Kedayan Sejagat dan Logo Komuniti Kedayan Sejagat.

Saturday, December 5, 2009

PENGASAS KOMUNITI KEDAYAN SEJAGAT (KKS)








'Snap shot' muka hadapan Komuniti Kedayan Sejagat (KKS)








Generasi muda Kedayan yang terdiri daripada paadian-paadian Sabran Mamit (creator), Julie Zuliana (Perhubungan Lahad Datu), Salim Mamit (Perhubungan Subang, Selangor), Rosdi Kamis (Perhubungan Kota Kinabalu), Siti Shaefaridah Bte Suhaili (Perhubungan Kuala Lumpur)Aslina Juti (Perhubungan Terengganu), Maimon Semion (Perhubungan Seremban)telah merintis sistem interaksi social melalui Facebook yang bertajuk KOMUNITI KEDAYAN SEJAGAT (KKS). Bagi pihak semua ahli KKS, pentadbiran blog ini ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada mereka kerana berjaya mengwujudkan KKS yang telah memungkinkan komuniti Kedayan seantero dunia dapat berkomunikasi secara interaktif. Tahniah!





Sabran Mamit (creator)











Julie Zuliana (Perhubungan Lahad Datu)
















Salim Mamit ( Perhubungan Subang, Selangor)











Rosdi Kamis (Perhubungan Kota Kinabalu)











Siti Shaefaridah Bte Suhaili (Perhubungan Kuala Lumpur)
















Aslina Juti (Perhubungan Terengganu)














Maimon Semion (Perhubungan Seremban)






Kepada komuniti Kedayan seluruh dunia dan sesiapa saja yang berminat untuk menyertai komuniti ini sila daftarkan diri sekarang. Bahasa utama yang digunakan ialah Bahasa Kedayan. Hidup Kedayan! INDA MAJAL INDA LUIH!

Untuk akses anda perlu ada akaun Facebook dan taip Kedayan didalam ruang "search" atau klik disini.

Friday, December 4, 2009

KOMUNITI KEDAYAN MALAYSIA KINI KOMUNITI KEDAYAN SEJAGAT

KOMUNITI KEDAYAN MALAYSIA KINI KOMUNITI KEDAYAN SEJAGAT








Paadian Sabran Mamit semasa di Kuala Lumpur














Paadian Sabran Mamit (kiri) dan Abdul Samat Kasah semasa perjumpaan di Kuala Lumpur pada Sabtu, November 21, 2009








Pengasas Komuniti Kedayan Malaysia (KKM) telah sebulat suara bersetuju untuk menukar nama KKM ke Komuniti Kedayan Sejagat (KKS). Langkah ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan semangat “PAADIAN” dikalangan bangsa Kedayan yang majoritinya bermastautin sebagai penduduk asal kepulauan Borneo.

Kepulauan Borneo yang terdiri dari tiga buah negara berbeza tetapi rata-rata mempunyai bangsa dan budaya yang sama. Salah satu bangsa yang terdapat diketiga-tiga negara tersebut ialah bangsa Kedayan. Bangsa Kedayan terdapat di Malaysia (Sabah & Sarawak), Negara Brunei Darusalam dan Indonesia (Kalimantan). Oleh yang demikian pertukaran nama dari Komuniti Kedayan Malaysia ke Komuniti Kedayan Sejagat lebih menepati hasrat dan aspirsi komuniti siber Kedayan untuk berinteraksi dan berkomunikasi melampaui batas kewarganegaraan dan kenegaraan tetapi atas dasar semangat “PAADIAN”. Semangat “PAADIAN” yang kental dan tidak pernah terganggu gugat berkurun lamanya dikalangan bangsa Kedayan dan sewajarnya dipelihara dan dipupuk demi generasi mendatang.

Inisiatif ini merupakan julung-kalinya diketengahkan dalam bentuk dan format yang menepati perkembangan teknologi internet yang tidak syak lagi menjadi paksi dalam mencapai objektif pengwujudan Komuniti Kedayan Sejagat. Teknologi internet amat berkuasa dan mampu untuk mencipta jaringan bangsa Kedayan yang sebelum ini tidak terlintas difikiran kita. Sesiapa juga yang menyertai jaringan KKS akan mempelajari sesuatu yang baru setiap hari khususnya dari aspek bahasa. Selama ini kita mengambil pendirian mudah bahawa bangsa Kedayan mempunyai bahasa yang sama walaupun dimana mereka berada. Namun setelah menyertai jaringan KKS, persepsi tersebut agak meleset kerana terdapat perbezaan ungkapan kata-kata yang ketara diantara Kedayan Sarawak, Sabah dan Negara Brunei Darusalam. Lebih menakjubkan terdapat beberapa nama benda yang begitu mudah dan senang difahami oleh Kedayan dari Sipitang tetapi tidak diketahui oleh Kedayan dari Limbang! Demikian juga halnya dengan beberapa ungkapan kata-kata yang selama ini digunakan oleh masyarakat Kedayan di Sarawak dan ungkapan kata-kata tersebut telah diterima pakai sebagai bahasa Kedayan walhal sebenarnya ialah perkataan dari Bahasa Brunei. Namun begitu setelah dijelaskan kepada mereka bahawa ungkapan kata-kata tersebut adalah Bahasa Brunei, mereka menerima dengan hati terbuka dan saya melihat penggunaan ungkapan kata-kata Kedayan asli telah mula digunakan secara meluas di dalam jaringan KKS.

Apabila anda berada di jaringan KKS, anda seolah-olah berhadapan dengan “paadian-paadian” dari tempat yang berbeza dan hanya mengambil beberapa saat sahaja untuk dapat berbual mesra diantara satu dengan lain. Inilah semangat “PAADIAN” bangsa Kedayan dan apabila ianya disokong oleh teknologi internet, terciptalah satu penyatuan yang kukuh melampaui batas negara dan kewarganegaraan!

Topik-topik yang dibincangkan didalam jaringan KKS adalah bebas dan tidak terbatas kepada perkara-perkara berkaitan bahasa dan budaya sahaja, asalkan ianya dibincang dengan cara yang berhemah dan tidak menyentuh sensitiviti kaum atau bangsa lain. Saya sendiri memerhatikan secara dekat dan berinteraksi dengan peserta jaringan KKS dan saya dapati tahap intelek dan kematangan mereka adalah amat tinggi. Rata-rata meraka berumur dibawah 30an dan berpendidikan tinggi. Malah terdapat beberapa peserta yang telah memiliki Ijazah Sarjana (Masters degree) dan terdapat juga yang sedang dan bakal mengikuti program Doktor Falsafah di IPTA tersohor negara kita. Inilah rupabentuk dan lanskap bangsa Kedayan yang bakal menerajui dan menghidup kembali warisan bangsa Kedayan.

Pengasas jaringan KKS amat mengharapkan penyertaan aktif bangsa Kedayan dari Kalimantan dan Negara Brunei Darussalam. Disamping itu pihak kami di KKS menyeru kepada pelajar-pelajar Kedayan dan komuniti professional Kedayan dalam dan luar negara untuk menyertai jaringan ini atas nama Bangsa Kedayan dan semangat “PAADIAN” yang amat kita cintai ini.

SELAMAT MENYERTAI KOMUNITI KEDAYAN SEJAGAT.

Sumbangan Artikal, Gambar, Cadangan dan sebagainya

Assalamu'alaikum wbt,

Bila paadian ada apa-apa kan diantat dan di cetak di blog ini, jangan sagan-sagan, jangan malu-malu antat tia ka email dibawah anie. Bila paadian nulis artikal pastikan antat gambaa dan profil ringkas.

Email : onekedayan@gmail.com

Taima kasih. Hidup Kedayan. Inda Majal Inda Luih.

Gambaa-Gambaa daie FB KKS





























This blog is under construction


For any enquiries kindly email to : onekedayan@gmail.com









Rekabentuk blog ini belum dikemaskini. Harap bersabar,